Mayat Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui, Lemas Akibat Terjatuh Dari Anjung Rumah

Mayat Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui, Lemas Akibat Terjatuh Dari Anjung Rumah

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Mayat kanak-kanak berusia dua (2) tahun ditemui awal pagi tadi dipercayai lemas selepas terjatuh dari anjung rumahnya di perkampungan atas air Pulau Bai tengahari semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Maritime Sub Rescue Centre (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan Operasi carilamat pada jam 6.00 petang semalam sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut.

Anjung rumah di mana mangsa, Mohamad Fairul Iman Fairus, dipercayai jatuh…

Operasi carilamat dipecahkan kepada lima sektor meliputi keluasan 27 batu nautika persegi dengan penglibatan lima aset laut terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Mayat mangsa akhirnya ditemui terapung oleh penduduk kampung sekitar jam 6.30 pagi tadi di lokasi 1 batu nautika utara Pulau Bai dan dihantar ke rumah keluarga mangsa untuk pengesahan…

Suasana hiba semasa keluarga mangsa melakukan proses pengecaman mayat…

“Mayat kemudian dibawa ke Jeti Pejabat Pos Sandakan bersama bapanya dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.