MCMC Sekat 549 Sesawang Lucah Di Negara Ini Sejak Januari Lalu

MCMC Sekat 549 Sesawang Lucah Di Negara Ini Sejak Januari Lalu

0
SHARE
Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 549 sesawang bersifat lucah sudah dikenakan tindakan sekatan di negara ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari tahun ini.

Memetik sumber Berita Harian, dalam tempoh 1 Januari hingga 1 Jun lalu, juga MCMC menurunkan sejumlah 308 kandungan media sosial bersifat lucah dan 109 kandungan bersifat mengancam di pelbagai plaform media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata tindakan itu dibuat MCMC mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] iaitu larangan terhadap kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

“MCMC juga giat mengadakan program-program pendidikan dan kempen kesedaran di seluruh negara melalui inisiatif Klik dengan Bijak dan Sukarelawan ICT Malaysia kepada pelbagai golongan.

Ia mendedahkan kepada etika penggunaan internet yang positif, produktif, dan bertanggungjawab serta undang-undang yang terpakai dalam alam siber,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ganabatirau Veraman (PH-Klang).