Meskipun Berpangkat, Ketua Polis Kota Kinabalu Tetap Hargai Kerjasama Media

Meskipun Berpangkat, Ketua Polis Kota Kinabalu Tetap Hargai Kerjasama Media

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua polis bandar ini, ACP Habibi Majinji meraih sepetang bersama media sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama setelah hampir tiga (3) tahun memegang jawatan itu.

Beliau telah menyumbang kepada pengharuman nama Sabah di peringkat polis negara dengan pencapaian cemerlang ‘Anugerah Bunga Emas’ bagi tahun 2019.

Anugerah berprestij itu disandang Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah, mengatasi 13 Kontinjen yang lain dengan rekod pencapaian 83.3 peratus daripada 6 KPI yang ditetapkan Bukit Aman.

Habibi mendoakan yang terbaik bagi pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu (IPD KK) dalam ucapan beliau di Mercure Hotel sini, petang kelmarin (Rabu).

Wartawan di daerah ini pula merasa mudah berkerjasama dengan beliau kerana sifat rendah dirinya.

Habibi menerima sebuah cenderahati dari media dalam majlis tersebut…

“Meskipun berpangkat tinggi, Habibi tetap bergaul dengan pihak media seolah kawan lama…

“Tidak kira masa, jika kami memerlukan maklumat lanjut tentang sebuah kes, beliau akan mencuba sedaya upaya untuk memberikan jawapan.

“Jika tidak berkesempatan, beliau pasti akan meyambung hal itu dengan pegawai yang boleh dihubungi,” jelas seorang wartawan yang hadir ketika itu.