INDONESIA – Ketika peminat Coldplay di Malaysia sanggup beratur berjam-jam secara maya sekaligus mengakibatkan sistem halaman penjual tiket “Live Nation” ranap pada Selasa, seorang lelaki di Indonesia tekad menjual motosikal dan peti sejuk demi menonton persembahan kugiran rock itu.
Portal Indonesia Tribun Jatim melaporkan kejayaan penjualan pemuda dikenali sebagai Danar, 31, yang meraih 11 juta Rupiah bersamaan dengan RM3,338.
“Jual peti sejuk sampai jadi, mahu beli tiket Coldplay,” katanya pada iklan di WhatsApp Story.
Menurut sumber, Danar sehingga cuba membuat pinjaman peribadi namun gagal dan mencari akal dengan menjual barangannya termasuk telefon bimbit.
Selepas persembahan di Indonesia pada 15 November, Coldplay melalui siri jelajah dunia ‘Music of the Spheres’ akan tiba di Malaysia pada 22 November.
Persembahan kumpulan Britain itu menjadi topik perbualan ramai sehingga menjadi isu yang dipolitikkan sebuah parti konservatif tempatan.





