Murid Menangis Kuih Raya Tidak Dimakan, Orang Ramai Tersentuh Hati

Murid Menangis Kuih Raya Tidak Dimakan, Orang Ramai Tersentuh Hati

0
SHARE
Kuih raya
Tangkap layar video murid sekolah rendah yang tular apabila tiada seorang pun memakan kuih raya yang dibawanya ketika jamuan raya di sekolah ( Sumber Foto: Tangkap layar video tular )

PETALING JAYA, SABAH – Tangisan seorang murid sekolah rendah menjadi tular apabila tiada seorang pun memakan kuih raya yang dibawanya ketika jamuan raya di sekolah.

Guru kepada Shakir, @farishfarhansidek, mengkongsikan video peristiwa itu pada laman media sosial.

Klip 31 saat itu bermula dengan murid Shakir yang menangis di meja. Apabila ditanya mengapa dia menangis, murid tersebut memaklumkan dia sedih kerana rakan-rakan sekelasnya tidak makan biskut raya yang dibawa.

“Mana biskut raya awak? Tunjuk pada cikgu, lain kali kena buka bekas ini,” kata guru tersebut.

Tidak lama kemudian dilihat rakan-rakanya mula mengambil biskut di dalam bekas yang dibawa murid itu.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan guru tersebut yang peka terhadap anak muridnya.

“Terbaik. Cikgu yang bijak pandai mengambil hatinya. Begitu mudah rasa dia bahagia,” kata Renatta.

“Alhamdulilliah dapat cikgu yang baik dan pandai ambil hati murid,” kata Nazirah.

Ada yang menceritakan pengalaman seumpama ketika jamuan kelas sempena raya suatu ketika dulu.

“Ingat lagi masa kecil aku cuma mampu bawa agar-agar merah. Tiada orang makan lepas itu aku makan sampai kembung perut. Bila balik rumah aku cakap dengan mak semua orang suka agar-agar mak,” kata seorang penjual pemadam api.

Seorang lagi guru turut memberikan pandangan dalam menjaga hati pelajar.

“Ini antara sebab kita tidak boleh kurus. Saya akan makan semua yang pelajar bawa. Makan dengan penuh perasaan. Puji diorang, sumpah boleh nampak kebahagiaan,” kata Lilin.