Meskipun Imunisasi Vaksin COVID-19 Telah Bermula, Rakyat Perlu Terus Patuh Kepada SOP...

Meskipun Imunisasi Vaksin COVID-19 Telah Bermula, Rakyat Perlu Terus Patuh Kepada SOP Kesihatan Awam

0
SHARE
Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah...

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor menasihatkan semua rakyat Malaysia agar segala aktiviti dan kepatuhan kepada tindakan kesihatan awam wajar diteruskan meskipun aktiviti imunisasi vaksin COVID-19 Fasa 1 telah mula dijalankan.

Ini termasuk kawalan sempadan antarabangsa, pelaksanaan pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP), mencapai angka sifar (0) rakyat dijangkiti virus COVID-19 serta lain-lain tindakan kesihatan awam oleh pelbagai agensi.

Menurutnya, impak tindakan-tindakan ini akan dinilai dari semasa ke semasa dan kemudiannya akan dibincangkan bersama oleh Kerajaan semasa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

ENAM (6) indikator utama yang digunakan dalam penilaian risiko ini adalah:

1. Situasi semasa kes harian COVID-19;

2. Tren dan nilai semasa R-Naught (Rt);

3. Tren dan situasi semasa kematian COVID-19;

4. Situasi penggunaan katil untuk kes COVID-19 (di PKRC);

5. Hospital, katil ICU dan kes ventilated); Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19; dan

6. Aktiviti ujian makmal dan survelan COVID-19 (RT-PCR dan RTK Antigen).

Keputusan untuk membenarkan pergerakan merentas negeri atau daerah misalnya adalah bergantung kepada penilaian beberapa faktor ini dan ia memerlukan keputusan bersama pihak kerajaan.

Buat masa ini, tindakan kawalan kesihatan awam masih perlu diteruskan di samping memastikan program imunisasi berjalan lancar.

Oleh itu, KKM memaklumkan bahawa adalah penting bagi semua pihak (termasuk mereka yang telah menerima vaksin) untuk mematuhi sepenuhnya SOP sehingga imuniti kelompok tercapai.