MIS Benarkan Solat Jumaat, Fardhu Dan Wirid Tanpa Penjarakan Fizikal

MIS Benarkan Solat Jumaat, Fardhu Dan Wirid Tanpa Penjarakan Fizikal

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Majlis Islam Sarawak (MIS) membenarkan solat Jumaat, fardhu, sunat, khutbah termasuk wirid selepas solat di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal, mulai 1 April ini.

MIS menerusi kenyataan memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) tersebut juga dikeluarkan untuk dilaksanakan dalam negeri ini selaras dengan situasi semasa COVID-19 di bawah Fasa Peralihan ke Endemik.

“MIS bersetuju memutuskan beberapa perkara termasuk membenarkan solat Jumaat, solat fardhu, solat sunat, khutbah dan wirid selepas solat di masjid serta surau tanpa penjarakan fizikal,” katanya kelmarin (22 Mac).

Bagaimanapun, MIS memberitahu semua aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti pengajian, kuliah, ceramah, kursus,bengkel, tadarus, tahlil, berbuka puasa, moreh, qiamullail, sahur, iktikaf, khatamal Al-Quran dan lain-lain adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal.

“Penganjuran aktiviti sosial yang sesuai diadakan di masjid dan surau, termasuk pengurusan serta pengkebumian jenazah yang tiada kaitan dengan Covid-19 juga dibenarkan dengan penjarakan fizikal,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, SOP utama Covid-19 yang perlu dipatuhi adalah menggunakan pelitup separuh muka (facemask) sepanjang masa dan mendaftar kehadiran melalui Mysejahtera sebelum masuk ke dalam masjid dan surau.

“Selain itu, jemaah digalakkan membawa sejadah atau alas sujud sendiri dan jamuan juga dibenarkan mengikut SOP Covid-19 semasa…

“Mana-mana individu yang masih dalam tempoh notis kuarantin Covid-19 oleh KKM atau yang mempunyai gejala demam, selsema, batuk atau sesak nafas adalah dilarang menghadiri solat dan semua aktiviti lain di masjid dan surau,” tegasnya.