MySejahtera Negara Kini Diiktiraf EU

MySejahtera Negara Kini Diiktiraf EU

0
SHARE
Sijil vaksinasi Covid-19 Mysejahtera...

PETALING JAYA – MySejahtera iaitu, aplikasi sijil vaksinasi Covid-19 Malaysia kini diiktiraf Kesatuan Eropah (EU).

Menurut kenyataan Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, sijil vaksinasi Covid-19 Malaysia adalah setara dengan Sijil Digital Covid-19 EU.

“Sijil vaksinasi dan ujian Covid-19 yang dikeluarkan oleh Malaysia mengikut ‘Sistem Pengurusan Vaksin’ bagi tujuan memudahkan hak pergerakan bebas dalam sebuah kesatuan, dianggap setara dengan yang dikeluarkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953.

“Malaysia akan dihubungkan dengan rangka kerja amanah Sijil Covid Digital EU yang ditubuhkan oleh Peraturan (EU) 2021/953,” katanya.

Tambah beliau, Peraturan (EU) 2021/953 menetapkan rangka kerja untuk pengeluaran, pengesahan dan penerimaan pengvaksinan Covid-19 yang saling beroperasi menerusi ujian dan sijil pemulihan yang memudahkan pemegang melaksanakan hak mereka untuk bebas bergerak semasa tempoh pandemik.

“Aplikasi MySejahtera juga mengandungi sijil ujian pengesahan Covid-19 bagi ujian real-time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) tetapi bukan ujian antigen pantas,” katanya…

Sementara itu, Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia, Michalis Rokas menerusi ciapannya di Twitter turut memaklumkan bahawa EU telah menerima permintaan Malaysia untuk mewujudkan kesetaraan antara Sijil Covid Digital EU dan MySejahtera Malaysia.