Nafi Lantik Ismail Sabri Sebagai Pengerusi PETRONAS, JPM Tampil Dengan Kenyataan

Nafi Lantik Ismail Sabri Sebagai Pengerusi PETRONAS, JPM Tampil Dengan Kenyataan

0
SHARE
Tangkap layar maklumat tular di media sosial bertajuk 'Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas' yang disahkan palsu oleh Jabatan Perdana Menteri...(Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook JPM)

KUALA LUMPUR – Kerajaan menafikan melantik bekas Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Pengerusi PETRONAS.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi hantaran dalam laman media sosial rasmi Facebook memaklumkan satu maklumat tular di laman media sosial bertajuk ‘Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas’ adalah palsu.

Sehubungan dengan itu, JPM mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

JPM turut meminta orang ramai supaya merujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih di semua platform media sosial iaitu akaun Facebook Jabatan Perdana Menteri, akaun Twitter @jpmgov, Instagram @jabatanperdanamenteri dan TikTok @jpmgov.