Najis Manusia Bakal Diguna Sebagai Bahan Api Pesawat Mesra Alam Menjelang Tahun...

Najis Manusia Bakal Diguna Sebagai Bahan Api Pesawat Mesra Alam Menjelang Tahun 2030

0
SHARE

LONDON – Najis manusia bakal digunakan sebagai bahan api pesawat mesra alam menjelang tahun 2030, demikian menurut cadangan yang didedahkan Kerajaan Britain baru-baru ini.

Akhbar The Sun melaporkan bahawa sebanyak 10 peratus (10%) bahan api mesra alam itu akan digunakan pesawat Britain pada tahun 2030 dan sasaran itu kemudiannya akan meningkat kepada 75 peratus (75%) menjelang 2050, kata Setiausaha Pengangkutan Britain, Grant Shapps.

Jelasnya lagi, dengan menggunakan bahan-bahan seperti sisa buangan isi rumah, kumbahan dan minyak masak, ia dapat menjimatkan kira-kira 23 mega tan karbon pada tahun 2050.

Selain itu, bahan bakar tersebut dijangka dapat menghasilkan sehingga 11,000 peluang pekerjaan hijau di Britain menjelang tahun tersebut.

“Industri penerbangan akan menjadi pusat kepada pertumbuhan masa depan serta merangkumi beberapa pelan yang lebih hijau selepas pandemik ini…

“Disebabkan itu, kita telah melaburkan lebih £20 juta (RM116.3 juta) pada beberapa tahun lepas untuk menyahkarbon sektor tersebut sejajar dengan sasaran sifar karbon bersih,” tambahnya.

Menurut sumber, sektor pengangkutan di Britain setakat ini telah membentuk kira-kira suku daripada pelepasan karbon di negara itu, manakala bagi pesawat sahaja, ia menyumbang kira-kira 2.5 peratus daripada pelepasan karbon global.