Nama Anak Pertama Neelofa Sudah Diputuskan

Nama Anak Pertama Neelofa Sudah Diputuskan

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Usahawan popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan bahawa dia sudah mendapat nama untuk cahaya mata pertamanya.

Artis sensasi yang berumur 33 tahun itu berkata dia sekarang sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya matanya dan berasa gementar untuk melewati proses kelahiran itu kelak, lapor Astro Gempak.

“Dari segi persiapan pula, saya banyak baca buku dan banyak bertanya kerana keluarga kami berdua pun agak besar. Ramai antara ahli keluarga yang memberi nasihat…

“Nama pun… Alhamdulillah… sudah ada dan dari segi barangan keperluan juga sudah disiapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar diberikan rezeki untuk bersalin secara normal dan meminta agar suaminya (PU Riz) menemaninya sepanjang proses itu.

“Kepada yang mengenali saya sejak 12 tahun lepas dalam industri, terima kasih banyak atas setiap sokongan dan kepercayaan, dari semua segi, tak kiralah perniagaan atau kerjaya…

“Terima kasih juga yang mendoakan kami dan kelahiran anak saya. Minta semua doakan kelahiran anak saya dipermudahkan,” katanya lagi.

Neelofa dan suami, PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.