OFFICIAL UPDATE: 10 Anggota TLDM Terkorban Dalam Pertembungan Helikopter

OFFICIAL UPDATE: 10 Anggota TLDM Terkorban Dalam Pertembungan Helikopter

0
SHARE
Helikopter
Dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak ( Sumber Foto: Gambad tular di laman media sosial )

KUALA LUMPUR – Sepuluh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal dunia selepas dua helikopter dinaiki mereka bertembung lalu terhempas ketika raptai Perbarisan Hari Terbuka Armada TLDM ke-90 di Pangkalan Lumut, Perak pada jam 9.32 pagi tadi.

Melalui sebuah kenyataan, TLDM berkata kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Angakatan Tentera Pangkalan untuk proses pengecaman.

Katanya, tujuh mangsa terbabit ialah kru Helikopter Operasi Maritim dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

“TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaki demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan,” kata Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut.

Difahamkan Hari Terbuka Armada dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.

Sebuah video berdurasi 21 saat yang merakamkan pertembungan tragis itu telah tular beberapa minit selepas insiden.

Susulan itu turut tular gambar serpihan helikopter yang ditemui di dataran padang bola yang berhampiran.