Program Cegah Kebakaran PGRS Tanung Aru Tepat Pada Musim Panas

Program Cegah Kebakaran PGRS Tanung Aru Tepat Pada Musim Panas

0
SHARE

KOTA KINABALU: Program Tindakan Awal Cegah Kebakaran dan Agihan Pemadam Api telah dilaksanakan di Kampung Tanjung Aru Baru sebagai langkah proaktif mengurangkan risiko kebakaran, khususnya ketika cuaca panas berpanjangan yang meningkatkan bahaya kebakaran di kawasan itu.

Program anjuran Ahli Jawatankuasa Parti Gagasan Rakyat Sabah Tanjung Aru, Dr. Ritchie Jay Cheng, dengan kerjasama JKKK Tanjung Aru Baru dan Jabatan Bomba Sabah itu menempatkan pemadam api di lokasi strategik sekitar kampung, selain mengadakan taklimat serta demonstrasi penggunaannya kepada penduduk dan sukarelawan bomba.

Sejak 2021, sekurang-kurangnya 79 buah rumah di Kampung Tanjung Aru musnah dalam kebakaran.

Usaha ini diyakini dapat mengurangkan risiko tragedi serupa pada masa hadapan.

“Saya percaya bahawa kesedaran awal dan kerjasama komuniti merupakan kunci utama dalam mengelakkan tragedi kebakaran serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa terpelihara,” kata Dr. Ritchie.

Pihak penganjur berharap langkah pencegahan ini akan meningkatkan kesiapsiagaan penduduk, sekali gus mengelakkan kerugian nyawa dan harta benda.