VIRAL; Tembakan Rambang Di Las Vegas, Mandalay Bay – Ramai Orang Awam...

VIRAL; Tembakan Rambang Di Las Vegas, Mandalay Bay – Ramai Orang Awam Tercedera dan Terbunuh…

0
SHARE

VIRAL; Tembakan Rambang Di Las Vegas Mandalay Bay, Ramai Orang Awam Tercedera dan Terbunuh…

LAS VEGAS – Tembakan secara rambang paling dahsyat dalam sejarah Amerika berlaku apabila seorang lelaki bersenjata yang berada di tingkat atas sebuah hotel di Las Vegas melepas tembakan secara rambang di festival konsert luar “The Route 91 Harvest Festival” pada malam Ahad baru-baru ini yang menyebabkan sekurang-kurangnya 59 orang mati dan hampir 600 orang cedera.

Melalui video yang kini tular dalam laman media sosial Facebook dan juga aplikasi WhatsApp serta Twitter, insiden berdarah berlaku semasa persembahan Jason Aldean di Festival Harapan Route 91 di mana persembahan tersebut terganggu oleh satu bunyi tembakan yang kuat. Ketika mangsa tembakan jatuh tersungkur, muzik terhenti serta merta dan krew konsert mula menjerit “lari”, “turun” serta “duduk diam” sebagai amaran akibat bunyi tembakan tersebut.

Suspek, Stephen Paddock, 64, mati di kamarnya di hotel ketika ditemui pihak polis Las Vegas di bilik hotel berdekatan festival tersebut. Ketika serbuan, sekurang-kurangnya 17 senjata api, termasuk pistol, didapati di bilik hotel Encik Paddock, kata Sheriff Joseph Lombardo dari Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas. Antaranya adalah senapang yang dilengkapi dengan skop/teropong jarak jauh (Snipper Rifles).

Suspek pembunuh – Stephen Paddock

Menurut sumber, negara Islam mendakwa bahawa Encik Paddock adalah salah seorang askarnya, tetapi tidak memberikan apa-apa bukti tuntutannya dalam serangan itu. Pihak F.B.I. berkata tidak ada bukti setakat ini bahawa Encik Paddock mempunyai hubungan dengan mana-mana organisasi pengganas antarabangsa.

Memetik kenyataan Prediden Amerika, Donald Trump dari Rumah Putih mengutuk insiden tembakan rambang itu sebagai “perbuatan sebenar kejahatan” dan menyeru agar rakyat di negara itu bersama-sama bersuara, “Kesatuan kita tidak boleh hancur oleh kejahatan, ikatan kita tidak dapat dipecahkan oleh keganasan.” 

Antara orang awam yang tercedera – Sumber Foto; New York Time

Laporan pertama penembakan itu berlaku pada pukul 10:08 pagi (masa tempatan Las Vegas), apabila pegawai menerima laporan tersebut melalui saluran khas radio polis di Las Vegas.

“The Route 91 Harvest Festival” yang dianjurkan oleh MGM Resorts di tanah lapanag berkeluasan 15 ekar di mana boleh menampung lebih 40,000 orang meriah dengan muzik tanpa henti melalui konsert tersebut terhenti akibat satu bunyi letupan yang kuat.

Tenaja Floyd dari Boise, Idaho, berkata ramai orang di sekelilingnya semasa konsert itu berfikir pada mulanya bahawa bunyi letupan kuat itu datang dari bunga api, tetapi “Saya tahu dengan segera, itu bukan bunga api!!.” Perkara itu menyebabkan, ibunya, Jennifer, serta merta menundukkan diri dan duduk diam ke bawah tanah bagi mendapatkan perlindungan.