Parah Beranda Roboh, Mangsa Tidak Hanyut

Parah Beranda Roboh, Mangsa Tidak Hanyut

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang wanita warganegara Indonesia parah apabila beranda di rumah kedai tingkat 1 belakang Lucky Star Trading di Jalan Sembulan sini roboh menghempapnya semalam (Selasa).

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa 55 tahun itu telah diserahkan kepada pihak Ambulans dan dibawa ke Hospital Queen 1 untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tidak ada kemerbahayaan lain. Operasi tamat pada jam 10.40 malam,” katanya…

Dalam pada itu, seorang mangsa yang dikhuatiri hanyut ketika cuba menyeberangi sungai di Kg Labou-Labou, Tambunan sini pada petang Isnin, selamat sampai ke rumah.

Pasukan penyelamat menamatkan operasi pencarian hari kedua pada kira-kira pukul 7 pagi selepas menerima khabar mangsa lelaki berusia 29 tahun itu.