LAHAD DATU, SABAH – Pemandu sebuah penggelek jalan cedera parah apabila jentera itu terbabas di tepi Jalan Putatan, Batu 8, sini, hari ini.
Mangsa, seorang lelaki berusia 54 tahun diberikan rawatan awal oleh pasukan Bomba dalam kejadian kira-kira 10.40 pagi itu.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, beliau kemudiannya dihantar ke Hospital menggunakan Jentera EMRS.
Seramai lapan orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu diketuai PBK II Mohamud Punya telah bergegas ke lokasi yang berada kira-kira 11 kilometer (KM) dari balai.
“Setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 11.22 pagi,” katanya.