KOTA KINABALU, SABAH – Parti Cinta Sabah (PCS) diumumkan telah menjadi sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah, hari ini.
Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun berkata parti yang diketuai oleh presidennya, Tan Sri Anifah Aman itu telah membuat permohonan secara rasmi untuk menyertai sebagai komponen baru dalam GRS.
“Kesemua presiden parti secara sebulat suara menerima PCS menjadi komponen GRS.
“Penyertaan PCS, sebuah parti tempatan merupakan satu langkah penting
dalam mengukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan politik di Sabah.
“Kami percaya bahawa dengan kerjasama lebih erat, kita dapat mencapai matlamat bersama untuk membangunkan negeri Sabah ke arah yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, selari dengan prinsip Sabah First, GRS kini semakin kukuh dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Sabah tercapai.
“Kami berharap agar rakyat Sabah memberikan sokongan padu kepada GRS dalam usaha kita untuk membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua,” katanya.