PAS Sabah Sasarkan Kutipan Dana RM200,000 Untuk Rakyat Palestin

PAS Sabah Sasarkan Kutipan Dana RM200,000 Untuk Rakyat Palestin

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Parti Islam Se-Malayisa (PAS) Sabah menyasarkan kutipan dana sebanyak RM 200,000 untuk pemulihan rakyat Palestin.

Setiausahanya Dr Aliakbar Gulasan berkata setakat ini pihak mereka di peringkat negeri bersama beberapa NGO telah berjaya mengumpul hampir RM 70,000.

“Jumlah kutipan ini akan disampaikan secara maya ke Pas pusat pada petang ini dan seterusnya ke tabung Aid4Palestine.”

Katanya rakyat Malaysia khususnya di Sabah harus terus bersolidariti dalam memberikan sumbangan meskipun gencatan senjata sudah diumumkan.

“Kerosakan yang telah berlaku harus diperbaiki. Tumpuan kami adalah untuk membantu dari segi elemen makan-minum, kesihatan dan pendidikan,” katanya.

Beliau ditemu ramah media ketika menyampaikan sumbangan RM 16,000 kepada mangsa kebakaran Kampung Meruntum, di pusat penempatan sementara Dewan Sri Serigai, kelmarin.

Aliakbar turut menyumbang bantuan dapur dalam penyerahan di Dewan Sri Serigai, Putatan…

Katanya setiap ketua isi rumah keluarga terbabit diharap akan manfaat dari bantuan RM500 tersebut.

Tambah Aliakbar, pihaknya juga sedang menyusun atur lawatan ke kawasan banjir di Tenom dan Beaufort baru-baru ini pada Selasa hadapan.