KOTA KINABALU, SABAH – PAS tidak akan menekan Sabah dan Sarawak yang bermasyarakat majmuk sekiranya gabungan melibatkan parti berkenaan memerintah negara.
Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan PAS menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa parti itu akan menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang menekan mana-mana pihak.
“Apatah lagi di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang rakyatnya menjalani kehidupan yang harmoni mengikut adat resam dan agama masing-masing,” kata beliau dalam kenyataan media baru-baru ini.