Pemandu Bezza Meninggal Dunia Terbabas Ke Dalam Longkang

Pemandu Bezza Meninggal Dunia Terbabas Ke Dalam Longkang

0
SHARE
Jbpm
Anggota bomba memeriksa kenderaan mangsa yang remuk ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TAWAU, SABAH – Seorang pemandu Perodua Bezza meninggal dunia apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di Jalan Ranggu Batu 8 1/2 tengah malam semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.44 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tawau tiba ke lokasi kejadian kira-kira 20 km dari balai pada pukul 1.03 pagi.

“Mangsa lelaki terlibat berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera tiba dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pasukan bomba bertindak memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Hafiz Shim Abdullah, 42,” kata jurucakap bagi agensi.