KOTA MARUDU, SABAH – Dua ekor buaya yang termakan umpan berjaya ditangkap hari ini ekoran pembahaman seorang penduduk di Kampung Marudu Darat, sini, Rabu lalu.
Mengikut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, operasi mencari dan menyelamat hari kelima dimulakan pada jam lapan pagi tadi menggunakan bot penyelamat dengan kaedah pencarian atas permukaan air.
Katanya, sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu kemudian meronda ke lokasi umpan yang telah dipasang Jabatan Hidupan Liar Sabah.
“Anggota pasukan berjaya menangkap dua ekor buaya. Mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” kata seorang jurucakap dalam kenyataan.
Rabu lalu, Razis Amat, 35, dikatakan bermandi di sungai tersebut bersama anak saudaranya berusia 17 tahun dalam insiden kira-kira lima petang.