KOTA KINABALU, SABAH – Seorang wanita berumur 25 tahun punca seorang penunggang motosikal dalam wad ICU.
Kejadian 8.20 pagi Jumaat tadi menyaksikan pemandu kenderaan jenis Toyota Vios melanggar lampu merah lalu merempuh dua mangsa bermotosikal berhampiran simpang Bataras Kolombong sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris berkata mangsa lelaki berumur 26 tahun berada dalam keadaan stabil.
Dalam pada itu, seorang lagi penunggang yang tercampak ke hadapan hanya mengalami kecederaan ringan.
Video insiden telah tular pada laman media sosial yang mana pesalah menerima kecaman daripada netizen.
Mereka berkata “lebih baik beliau yang digantung berbanding lesen memandunya”.
“Kes disiasat dibawah Sek 42 APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan,” Kalsom berkata.





