KOTA KINABALU: Sebanyak 15 rumah kampung setinggan di Jalan Saga, Kampung Likas, sini, munsah dalam kebakaran kira-kira 7.30 malam semalam.
Walau bagaimanapun, tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan selepas operasi pemadaman ditamatkan pada jam 10.47 malam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata anggaran luas keseluruhan rumah setinggan jenis tidak kekal yang terbakar ialah 100X60 kaki persegi.
“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran empat pancutan 400 kaki sumber air dari jentera FRT, ‘water tanker’ dan pili bomba berdekatan,” kata seorang jurucakap agensi.
Katanya seramai 40 anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dengan bantuan BBP Kota Kinabalu dan Penampang berjaya mengawal situasi pada jam 8.38 malam.






