Pemandu Van Maut Rempuh Semak Belakang Kem Lok Kawi

Pemandu Van Maut Rempuh Semak Belakang Kem Lok Kawi

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Seorang pemandu van maut selepas kenderaan itu merempuh semak sepanjang 100 meter di tepi jalan Jalan Papar Lama menghala ke Penampang pada Sabtu semalam.

Polis daerah dimaklumkan mengenai kejadian di belakang Kem Tentera Lok Kawi pada 5.11 petang.

Ketua Polis Penampang Supt Sammy Newton berkata mangsa berusia 35 tahun terbabut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian.

“Seorang penumpang lelaki berusia 18 tahun mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.