MINNEAPOLIS – Hukuman penjara selama 22 tahun dan Enam (6) bulan dikenakan terhadap bekas anggota polis, Derek Chauvin semalam selepas dia disabitkan bersalah membunuh seorang lelaki Afrika-Amerika berkulit hitam, George Floyd.
Derek Chauvin melalukan kekejaman itu semasa dia bertugas sebagai polis di Amerika Syarikat (AS) dengan menekan leher George Floyd menggunakan lutut sehingga menyebabkan kematian pada Mei tahun lalu.
Insiden kekejaman yang berlaku hingga menyebabkan kematian ini turut mencetuskan gelombang protes besar-besaran di seluruh Amerika Syarikat (AS), malah merebak ke beberapa negara.
Hakim Peter Cahill ketika membacakan hukuman itu di sebuah penjara di Minneapolis berkata; “Keputusan ini dibuat bukan berdasarkan emosi atau dasar simpati.”
Peguam yang mewakili keluarga Floyd turut menyambut baik keputusan itu yang disifatkan sebagai langkah bersejarah menuju perdamaian antara kaum.