Pemenang Loteri RM8.4 Juta Hidup Dalam Keadaan Tertekan

Pemenang Loteri RM8.4 Juta Hidup Dalam Keadaan Tertekan

0
SHARE
Anoop menjadi pemenang loteri bernilai RM8.4 juta baru-baru ini di India...

KERALA, INDIA Pemenang loteri di India baru-baru ini mendakwa dirinya tertekan selepas orang ramai cuba untuk mendekatinya dan berebut-rebut meminta wang loterinya.

Sebelum ini, lelaki yang hanya dikenali Anoop itu hanya terkenal dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.

Anoop yang merancang menjadi cef di Malaysia, menjadi perbualan hangat selepas memenangi hadiah wang tunai RM8.4 juta (INR 15 crores) selepas potongan cukai.

Walaupun menjadi pemenang loteri, Anoop mengaku tidak gembira kerana mendapat panggilan daripada keluarga, rakan dan orang yang tidak dikenalinya meminta wang daripadanya.

Malah, dia turut ditawar watak utama dalam filem Malayalam jika dia sanggup membayar RM1,129,281 (INR 2 crores).

“Saya kini menjadi amat tertekan dan tidak boleh tinggal di rumah sendiri kerana sering dikepung orang ramai yang meminta saya menyelesaikan pelbagai keperluan mereka kerana saya memenangi hadiah pertama,” katanya.

“Saya kini terpaksa berpindah-randah gara-gara kehilangan semua ketenangan fikiran yang saya nikmati sebelum menang hadiah itu.”

Malah, dia turut menyesal memenangi loteri terbabit dan mengatakan dia berpuas hati jika hanya menang hadiah kedua atau ketiga, lapor Arynews.

“Rasa gembira kerana mendapat publisiti dan menang loteri itu bertahan sehari dua saja,” tambahnya.

Namun, sekarang saya rasakan memenangi hadiah loteri itu menyusahkan hidup saya sehingga menyebabkan saya rasa tidak selamat keluar rumah, katanya lagi.