PEMIMPIN PARTI WARISAN DIKECAM FITNAH KETUA MENTERI SABAH

PEMIMPIN PARTI WARISAN DIKECAM FITNAH KETUA MENTERI SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pemimpin Parti Warisan dikecam kerana memfitnah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Pemimpin parti Warisan dikenali dengan nama ‘Cliff Richard’ telah memfitnah Ketua Menteri Sabah dengan menuduhnya sebagai tali barut kepada Semenanjung Malaysia dan ‘Bapa Signboard’.

Tangkap layar (screenshot) yang dimuat naik oleh pemimpin parti Warisan melalui akaun Fb ‘Cliff Richard’ yang telah memfitnah Ketua Menteri Sabah dengan menuduhnya sebagai tali barut kepada semenanjung Malaysia dan ‘Bapa Signboard’…

Menurut Gabungan NGO BEBAS SUARA dalam satu kenyataan yang dihantar kepada bilik berita Sabahnews, kepimpinan Parti Warisan ketika ini kelihatan seolah-olah semakin hilang kewarasan akal dan mungkin mengalami kemurungan selepas kalah pada PRN ke-16 Sabah yang lalu.

“Kerja mereka ketika ini hanya menabur fitnah selepas cemburu melihat kejayaan kerajaan GRS dan BN membantu membangunkan negeri Sabah.”

BEBAS berkata lagi: “kami tidak ingin mencampuri urusan politik, namun perbuatan memfitnah oleh kepimpinan Warisan ini tidak boleh dibiarkan.

“Pemimpin Warisan turut dipercayai juga adalah orang kanan kepada wakil rakyat Kudat Ben Chong bernama Cliff Richard telah memfitnah Datuk Seri Hajiji dengan menuduhnya sebagai tali barut kepada semenanjung dan ‘Bapa Signboard’.

“Ini adalah fitnah yang cukup jijik, jahat dan melampau”.

“Apa maksud Cliff tali barut kepada semenanjung?, bukankah Hajiji sebelum ini telah menunjukkan kepada parti Warisan bahawa GRS telah berjaya ditubuhkan di Sabah di mana Hajiji telah berjaya menghimpunkan hampir kesemua parti-parti Sabah dalam satu gabungan sekaligus Perikatan Nasional (PN) di Sabah telah ditukar”.

MoU kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 9 Januari 2021 ditandatangani Pengerusi BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee; Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Ellron Alfred Angin; Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Radin Malleh; Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup; Pengerusi MIC Sabah, Peer Muhamad dan Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung…

“Adakah Cliff masih ingat pada bulan jun 2021 apabila Kerajaan Persekutuan masih belum membenarkan mana-mana negeri di Malaysia membuka sektor restoran untuk ‘dine-in’ (makan di dalam) sebaliknya Hajiji telah bertindak berani dengan mengarahkan kesemua restoran di Sabah boleh beroperasi secara ‘dine-in’,” kata BEBAS.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 28 Jun dalam satu kenyataan media rasmi mengumumkan untuk membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0…

Tambah BEBAS, tindakan Hajiji tersebut turut disokong oleh seluruh rakyat Sabah sehingga kempen “We Stand With CM” dan “Rumah Kita,Kita Jaga” telah dilancarkan bagi menyokong Hajiji.

Rakyat Sabah turut melancarkan kempen ‘We Stand With CM’ dan ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ selepas Hajiji membuat keputusan berani melonggarkan sektor ekonomi di Sabah walaupun mendapat tentangan beberapa Kementerian Persekutuan…
Masyarakat Cina turut memasang sepanduk “We Stand With CM” di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu…

“Cliff juga menuduh Hajiji sebagai ‘Bapa Billboard’. Persoalannya adakah salah apabila banyak ‘signboard’ dan ‘billboard’ dengan slogan ‘Sabah Maju Jaya’ dipasang dengan harapan ianya akan menjadi suntikan motivasi kepada kerajaan termasuk rakyat Sabah untuk memajukan negeri Sabah berbanding slogan ‘Sabah Kita Punya’ yang dibangga-banggakan oleh kepimpinan dan ahli-ahli Parti Warisan Sabah…

Antara papan tanda (signboard) dengan slogan ‘Sabah Maju Jaya’ diletakkan pada sekitar bandaraya Kota Kinabalu…

“Telah terbukti dengan jelas dan rekod telah menunjukkan kerajaan GRS dan BN telah berjaya membawa masuk nilai pelaburan mencecah sehingga 18 billion ringgit,” BEBAS berkata.

BEBAS yang mengambil contoh pencapaian kerajaan negeri Sabah pada bulan Mac lalu menerusi Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Sdn Bhd telah membawa masuk pelaburan bernilai RM 2 billion melalui SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd (SBH Kibing) untuk membuka kilang pembuatan panel kaca solar bernilai RM2 bilion sekaligus bakal mewujudkan peluang pekerjaan sehingga 1800 orang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (berdiri, tiga dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani MoU diantara Kerajaan Negeri pelabur dari China-SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd.

Sabah juga telah menerima pelaburan asing pembuatan kerajang tembaga oleh syarikat pelabur dari Korea Selatan, SK Nexilis yang melabur sebanyak RM4.2 bilion dengan menyediakan hampir 500 peluang pekerjaan untuk penduduk Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mendengar taklimat semasa meninjau perkembangan pelaburan SK Nexilis di KKIP…

“Sebaliknya sepanjang 26 bulan Shafie dan parti Warisan mentadbir negeri Sabah, tidak ada satu pun syarikat luar negara yang berjaya melabur di Sabah walaupun telah menandatangani banyak MOU dengan syarikat-syarikat di luar negara.”

Shafie Apdal meterai MoU pelaburan bernilai RM20 bilion pada 2019, selepas hampir setahun di mana pelabur ini yang melabur di Sabah?…(Foto dipetik daripada BH online)
Shafie Apdal digelar Bapa Pengumuman Sabah selepas gagal membawa pelabur ke Sabah walaupun banyak pengumuman telah dibuat kononnya pelabur akan melabur ke Sabah…(Sumber foto ihsan BH Online)

BEBAS berkata lagi: “nasihat kami kepada kepimpinan dan ahli-ahli parti Warisan agar berhenti menabur fitnah.”

BEBAS turut memaklumkan bahawa nasihat berbentuk kaunseling boleh dilakukan di Hospital Bukit Padang bagi mencari jalan menghilangkan kemurungan dan mencari ketenangan jiwa.

“Diakui bukan bukan mudah untuk menerima kekalahan selepas hanya 26 bulan memerintah Sabah, akan tetapi kepimpinan Warisan perlu belajar menerima ketentuan takdir ini,” BEBAS berkata lagi.