Pendaki China Cedera Kepala Cuba Turun Gunung Kinabalu

Pendaki China Cedera Kepala Cuba Turun Gunung Kinabalu

0
SHARE
Bomba
Pasukan bomba kemudian mengusung mangsa turun Gunung Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

RANAU, SABAH – Pasukan Bomba mengangkat turun seorang warganegara China yang tergelincir mengakibatkan pendarahan di bahagian kepala di KM7.5 Sayat-Sayat Gunung Kinabalu, semalam.

Difahamkan mangsa, Chen Jiqing, 43, telah berjaya menawan gunung tertinggi di Malaysia namun ditimpa nasib malang ketika cuba turun dalam insiden 7.30 pagi itu.

Sepasukan enam anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MoSAR) dibantu malim gunung dan Taman-Taman Sabah membawa turun mangsa.

“Laporan diterima daripada malim gunung, terdapat seorang pendaki terjatuh dan terhempas bahagian belakang kepala menyebabkan berlaku pendarahan di kepala dan telinga mangsa.

“Pasukan MoSAR bersama beberapa malim gunung dan anggota Taman-Taman Sabah membawa turun mangsa menggunakan kaedah Piggyback Carry (menyikut).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans dan dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.35 pagi, kira-kira empat jam selepas mangsa terjatuh.