KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan mengamalkan pendekatan individualistik dalam membasmi kemiskininan di sepuluh daerah di sini yang mana lapan daripadanya dinamakan sebagai yang termiskin dalam negara.
Menterinya, Datuk Jahid Jahim berkata strategi sebelum ini dengan kaedah menyasarkan kumpulan besar terbukti tidak berkesan sambil menambah kaedah pembasmian itu perlu diselaraskan mengikut keadaan semasa. Salah satunya ialah Covid-19.
Beliau berkata kira-kira 39,600 dan 28,100 individu di Sabah masing-masing dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar serta sepuluh daerah berkenaan; Pitas, Kota Belud, Membakut, Nabawan, Beluran, Sipitang, Kota Marudu, Ranau, Tongod dan Tuaran.
“Kami mengikuti pelan tindakan daripada Persekutuan untuk membantu lebih ramai mereka yang dikenal pasti selepas wabak itu berdasarkan pangkalan data MySejahtera.
“Ianya bukan lagi dibat secara rawak dan tahun 2025 merupakan sasaran di mana kemiskinan dapat dibasmi…
“Adalah penting bahawa Kementerian memastikan kelebihan setiap individu berdasarkan geografi mereka selain program yang sesuai untuk mereka tinggal sama ada di kawasan pesisiran pantai atau pedalaman turut menjadi faktor.
“Daripada nelayan kepada petani, kaedah menjana pendapatan mungkin berbeza, tetapi mereka tidak akan menghadapi masalah untuk memasarkan hasil dengan bantuan kerajaan.
“Objektif Kementerian adalah untuk memperkasakan diri mereka untuk menjadi mahir dalam bidang masing-masing selain menerapkan kelestarian diri,” katanya.
Ketika ditanya mengenai penyelesaian jangka pendek, sekurang-kurangnya untuk meringankan beban inflasi, beliau berkata cadangan telah dibangkitkan di peringkat Persekutuan tetapi kemudiannya ditemui dengan kekangan tertentu.
“Kami masih mencari penyelesaian yang sesuai secara umum. Kemiskinan di Sabah telah menjadi isu lama sejak 22 tahun dan sekarang adalah penting untuk bersikap progresif dan agresif dalam perkara itu,” jawabnya.
Jahid ditemui selepas majlis penyerahan tugas Setiausaha Tetap KPLB daripada Datuk Haji Faimin Kamin yang telah bersara kepada Norlijah Dinin yang merupakan bekas Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri pagi tadi.