Generasi Muda Tidak Akan Lupa, Berhenti Mencari Kebenaran Disebalik Tragedi ‘Double Six’...

Generasi Muda Tidak Akan Lupa, Berhenti Mencari Kebenaran Disebalik Tragedi ‘Double Six’ – Yong

0
SHARE
Yong, berdiri (dua dari kiri) bersama tetamu kehormat yang lain dan pemuda SAPP bergambar pada Tugu Peringatan Double Six di Sembulan selepas upacara...

KOTA KINABALU, SABAH – Kehadiran generasi ketiga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan pesawat Nomad buatan negara Australia pada tahun 1976 hadir pada Upacara Peringatan yang ke-46 pada Isnin.

Perkara itu melegakan bagi bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee, yang berkata semangat mencari kebenaran di sebalik kematian pemimpin-pemimpin pertama negeri ini masih membara di kalangan pemuda.

Meletakkan bunga pada tugu Double Six di Sembulan adalah cucu Tun Fuad Stephens, Johari, dan cucu saudara Datuk Chong Tien Vun, Jonathan Chong. Selain itu, ramai ahli muda Parti Progresif Sabah (SAPP) turut hadir memberikan penghormatan.

Yong, yang juga Presiden SAPP, berkata perkara itu semudah Kerajaan Negeri Sabah meminta Kerajaan Persekutuan untuk memaksa Australia mendedahkan laporan penuh berkenaan peristiwa gelap itu.

Johari Loke, 30, memberikan hormat kepada moyang beliau yang diantara lima bapa pemimpin Sabah terkorban dalam tragedi Jun 1976…

Peristiwa berkenaan telah menjadi bahan konspirasi dan spekulasi antara generasi Sabah, yang mana ramai percaya bahawa kekayaan negeri ini akan terus dikekalkan dengan taraf hidup rakyat yang lebih selesa.

“Hal ini telah dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata akan mempertimbangkannya (berbincang dengan persekutuan). Kami tetap akan mengejar kes ini…

“Laporan penuh berada pada Arkib Nasional Australia namun ianya enggan didedahkan atas sebab kononnya melindungi pertalian diplomatik antara negara Komanwel itu.

“Jika Kerajaan Malaysia benar-benar ingin mengetahui kebenaran, tiada halangan dari Australia untuk mendedahkan laporan tersebut.

“Isu ini telah pun berkali disuarakan pada Parlimen tetapi tidak mendapat sambutan. Kita berharap kerajaan GRS-BN dapat memaksa mereka (persekutuan) untuk berbuat demikian.

“Apa yang sensitif sangat sehingga tidak boleh didedahkan?Biarkan kebenaran berkata untuk dirinya sendiri…

“Siasatan sudah tamat pada tahun 1976 dan ia tidak boleh disunting ataupun ditulis semula,” katanya.