Penduduk Kampung Kiulu Boleh Ambil Bekalan Air Di Pejabat Daerah Tamparuli –...

Penduduk Kampung Kiulu Boleh Ambil Bekalan Air Di Pejabat Daerah Tamparuli – Shahelmey

0
SHARE
Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kerja Raya Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menghadapi kesukaran untuk menghantar air ke Kampung Kiulu yang terjejas bekalan air sejak 29 Februari lalu disebabkan lori tangki air yang tidak mencukupi dan terhad.

Namun, Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata penduduk yang terjejas boleh mangambil bekalan air bersih di Pejabat Daerah Tamparuli sehingga sumber air graviti atau bukit pulih semula.

“Kebanyakkan kawasan pendalaman Kiulu menggunakan sumber air graviti atau bukit.

“Punca tadahan air tersebut mengalami kekeringan buat masa ini disebabkan oleh cuaca kemarau.

“Ketiadaan sambungan paip pihak JANS di kawasan pendalaman tersebut menyebabkan penyaluran air bersih tidak dapat dilakukan,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Shahelmey berkata penyelesaian jangka panjang bagi isu itu ialah ianya telah dimasukkan dalam projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dibawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Antara Kawasan yang termasuk dibawah projek BALB ialah Kampung Bukit Giling, Kampung Ulu Bakut, Tuaran, Sistem Retikulasi Tahun 2018/2019 Negeri Sabah Bahagian Kota Kinabalu, kawasan upper Kiulu, Penimbawan dan Kampung Kapa-Sinalapak.