KUALA LUMPUR – Orang ramai di kawasan Pantai Timur Sabah diberitahu agar tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat tentera terbang rendah di kawasan daerah Tawau, Semporna dan Lahad Datu pada minggu hadapan.
Ini berikutan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Latihan Kelawar 2024 bermula dari 1 hingga 10 Ogos 2024 di kawasan Op Pasir, Sabah melibatkan helikopter dan Pasukan Khas TUDM.
Eksesais itu bertujuan untuk memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal di samping memberi penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik dan ancaman pada waktu malam.
Menurut kenyataan TUDM, Sepanjang eksesais berlangsung, helikopter TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di sekitar daerah tersebut.






