Pengantin Lelaki Cedera, 16 Terkorban Selepas Majlis Perkahwinan Dipanah Petir

Pengantin Lelaki Cedera, 16 Terkorban Selepas Majlis Perkahwinan Dipanah Petir

0
SHARE

DHAKA, BANGLADESH – Pengantin lelaki cedera dan 16 orang terkorban selepas majlis perkahwinan itu dipanah petir beberapa kali dalam selang beberapa saat di kawasan majlis itu.

Menurut pegawai pentadbir kerajaan, Sakib Al-Rabby, kumpulan berkenaan baru saja turun daripada bot di bandar tepi sungai Shibganj untuk berteduh daripada ribut apabila dipanah petir.

“Pengantin perempuan tiada bersama kumpulan terbabit ketika itu dan kami mengesahkan 16 terbunuh dalam tragedi di daerah Chapainawabganj di barat,” katanya yang dipetik AFP dalam satu kenyataan semalam.

Ribut monsun yang membadai Bangladesh membawa hujan lebat sejak seminggu lalu di tenggara daerah Cox’s Bazar, menyebabkan 20 terbunuh termasuk enam pelarian Rohingya.