Pengerusi MUDA Sabah Keluar Sertai DAP, MUDA Tidak Terjejas Kata Jawatankuasa

Pengerusi MUDA Sabah Keluar Sertai DAP, MUDA Tidak Terjejas Kata Jawatankuasa

0
SHARE
Dap
Amos (dua kiri) menyerahkan surat penyertaan DAP kepada Kelvin dalam sebuah majlis ( Sumber Foto: Ihsan Amos Thien )

KOTA KINABALU, SABAH – Bekas Pengerusi MUDA Sabah, Amos Thien, 35, meninggalkan parti bagi menyertai DAP selepas kagum dengan pemimpin muda parti berkenaan.

Beliau berkata tindakannya itu tiada kena mengena dengan pilihan raya yang semakin tiba dan telah meletak jawatannya di Muda pada Oktober tahun lalu.

Amos menyerahkan borang penyertaan kepada Ketua Pemuda DAP Kelvin Yii pada Mac 17 di Kuala Lumpur.

“Rakyat Sabah dan Luyang khususnya sangat bertuah kerana ada Jin Zhe Phoong serta Vivian Wong di Sandakan sebagai wakil mereka, individu yang benar-benar mahu bekerja,” katanya memetik sumber NST.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Negeri MUDA Sabah berkata organisasi itu tidak terjejas dengan pemergian Amos yang mana keahliannya telah digugurkan dengan serta-merta.

“Jawatan Pengerusi MUDA Sabah kini dipangku oleh Timbalan Pengerusi, Faezrah Rizalman sejak November 2023, hingga pemilihan parti yang akan datang.

“Dengan itu, kami mengucapkan selamat maju jaya serta mengharapkan yang terbaik buat perjalanan baru diceburi oleh saudara Amos.

“Tambahnya, MUDA Sabah juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung idelogi dan memastikan bahawa kerjasama adalah demi kebaikan rakyat Sabah,” katanya dalam sebuah kenyataan.