Pengerusi Tetap WARISAN Karim Bujang Sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah

Pengerusi Tetap WARISAN Karim Bujang Sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah

0
SHARE
Karim
Hajiji (tengah) menyerahkan borang keahlian kepada Karim sambil disaksikan pimpinan tertinggi Gagasan Rakyat

KOTA KINABALU, SABAH – Pengerusi Tetap Parti WARISAN, Datuk Karim Bujang, mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat pada Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan parti itu di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Ahad.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Datuk Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Datuk Masiung Banah, Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Pergerakan Pemuda Negeri, Datuk Fairuz Renddan, Ketua Wanita Negeri, Datuk Redonah Bahanda, Ketua Beliawanis Negeri, Emmie M. Idang, Ketua Penerangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Bendahari Negeri, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar.

Terdahulu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di bilik mesyuarat Kinabalu, SICC.