Penghidap Diabetes Lebih Mudah Dijangkiti Gejala Covid-19 Yang Serius

Penghidap Diabetes Lebih Mudah Dijangkiti Gejala Covid-19 Yang Serius

0
SHARE
Khairy Jamaluddin...

SHAH ALAM, SELANGOR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pesakit diabetes adalah tiga hingga empat kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala Covid-19 yang serius berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu.

Khairy berkata, memandangkan penyakit diabetes telah lama wujud dalam masyarakat kita, rakyat perlu berusaha untuk membendungnya daripada terus menular yang akhirnya akan memberi kesan terhadap kualiti hidup penduduk Malaysia.

“Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan, malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat,” katanya…

Justeru beliau mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan cara hidup yang aktif.

“Ibu bapa juga harus menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup yang sihat bagi memastikan anak-anak kita terus sihat, cergas dan bebas daripada sebarang penyakit,” katanya lapor Bernama.

Menurutnya, tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019 mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus (2019).

“Laporan ini telah menunjukkan satu daripada lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas di negara ini, hidup dengan diabetes atau persamaan hampir 4 juta penduduk Malaysia,” katanya.