KOTA KINABALU, SABAH – Seorang penjawat awam ditemui mati di dalam pejabatnya yang berkunci di Mini Putrajaya sini pada Selasa.
Anggota penyelamat menerima panggilan kecemasan berkenaan lelaki yang terperangkap di dalam pejabatnya di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kira-kira 8.42 pagi.
Bagaimanapun, sebaik tiba, Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati pintu itu sudah dipecah masuk.
“Kakitangan telah memecahkan tingkap kecil di pintu dan membuka kunci dari dalam,” kata Ketua Balai Lintas Agustavia Joe Guasi…
“Pekerja kesihatan mengesahkan lelaki berusia 38 tahun itu meninggal dunia pada pukul 8.53 pagi,” katanya.
Kes diserahkan kepada polis dan operasi tamat pada jam 9.30 pagi.






