Penurunan Kecil Kes COVID-19 Sabah, 17 Daerah Dalam Zon Merah

Penurunan Kecil Kes COVID-19 Sabah, 17 Daerah Dalam Zon Merah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu yang direkodkan hari ini ialah 252 kes, kurang 7 kes berbanding jumlah semalam.

Keadaan tidak banyak berubah dengan kedudukan semalam kata jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

“Faktor yang menyebabkan penurunan jumlah kes harian ialah jumlah sampel ujian yang lebih rendah daripada jumlah sebelumnya…

“Jumlah sampel hari ini ialah 2,154 berbanding 2,281 kelmarin…

“Kadar positiviti yang lebih tinggi hari ini, 12.30 peratus berbanding 11.88 peratus kelmarin, tidak banyak mempengaruhi angka jangkitan baharu,” jelasnya dalam rumusan harian kes.

Katanya, Kota Kinabalu masih mengekalkan jangkitan baharu tiga angka dengan 111 kes (+6) diikuti oleh 6 daerah yang mencatatkan jangkitan dua angka.

Daerah-daerah tersebut ialah Sandakan 32 kes (+15), Papar 18 kes (+5), Tawau 16 kes (-3), Penampang 14 kes (-11), Putatan 11 kes (-11) dan Tuaran juga 11 kes (-17).

Beaufort yang tidak mencatatkan sebarang jangkitan kelmarin mencatatkan 8 kes baharu.

Jumlah daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu berkurangan kepada 7 daerah daripada 10 daerah kelmarin.

Secara keseluruhan 17 daripada 27 daerah di Sabah kini berada dalam Zon Merah setelah merekodkan kes terkumpul melebihi 40 kes sepanjang tempoh 14 hari.

Terdapat tiga (3) kes dalam Kategori 3 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (15 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 111 (105)
Sandakan 32 (17)
Papar 18 (13)
Tawau 16 (19)
Penampang 14 (25)
Putatan 11 (22)
Tuaran 11 (28)
Kota Belud 9 (9)
Beaufort 8 (0)
Lahad Datu 6 (1)
Tenom 5 (2)
Kuala Penyu 3 (7)
Beluran 1 (2)
Keningau 1 (3)
Kinabatangan 1 (0)
Kota Marudu 1 (1)
Ranau 1 (1)
Semporna 1 (0)
Sipitang 1 (0)
Tambunan 1 (0)
Kalabakan 0 (1)
Kudat 0 (3)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)