Penyanyi Aman Shah Meninggal Dunia

Penyanyi Aman Shah Meninggal Dunia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Penyanyi era 80-an, Aman Shah Abu Kassim disahkan meninggal dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam akibat komplikasi jantung.

Berita duka itu disahkan pembantu peribadi adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar.

“Ya, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 2.20 petang tadi. Dia mengalami komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan malam tadi…

“Allahyarham dimasukkan ke hospital tiga hari lepas. Sekarang kami sedang menunggu proses selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, pelakon Lizawati Hamdan yang berada di IJN dan turut mengesahkan perkara terbabit.

“Saya baru melihat jenazahnya sebentar tadi. Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kematiannya akibat masalah jantung,” katanya.

Aman amat diingati peminat dengan lagunya Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan semasa ketibaan Hari Raya Aidilfitri.