Penyerang Utama Sabah FC, Neto Pessoa Tidak Dapat Diturunkan Dalam Perlawanan Menentang...

Penyerang Utama Sabah FC, Neto Pessoa Tidak Dapat Diturunkan Dalam Perlawanan Menentang Kedah FC

0
SHARE
Neto Pessoa...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, penyerang utama Sabah FC, Neto Pessoa masih mengalami kecederaan dan dijangka tidak dapat diturunkan ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Jelas beliau, kecederaan dialami pemain kelahiran Brazil itu dijangka mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

Mengulas lanjut, Sabah FC mempunyai ramai pemain yang berupaya mengambil alih posisi Pessoa sementara menunggu beliau sembuh…

“Ini penting dalam saingan liga yang begitu panjang. Kecederaan, penggantungan disebabkan kad kuning, harus kita terima dan memastikan sesiapa sahaja yang tersenarai menggantikan pemain-pemain utama boleh menjalankan tugas dengan baik.

“Saya percaya semua pemain telah bersedia untuk diturunkan dalam pertembungan menentang Kedah bagi memastikan kita bermain dengan lebih baik,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Kim Swee berkata, Sabah FC perlu bangkit dan mendapatkan semula rentak permainan untuk mencapai keputusan lebih baik apabila bertemu Kedah.

Beliau berkata, pemain perlu melupakan kekalahan 0-2 di tangan KL City pada 16 April lepas dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan malam ini dalam saingan Liga Super di Stadium Likas.

“Kedah merupakan pasukan cukup kuat. Ini terbukti dengan kedudukan mereka sekarang selepas tewas kepada Selangor, mereka bangkit menewaskan Penang FC,” katanya.