Permaisuri Agong Memang Sempoi Menari Sumazau Untuk Rakyat Sabah

Permaisuri Agong Memang Sempoi Menari Sumazau Untuk Rakyat Sabah

0
SHARE
Ydpa
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) merakam video Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (lima dari kiri) menari bersama-sama ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KUNDASANG, SABAH – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri tumpuan orang ramai apabila baginda menari tarian Sumazau ketika kunjungannya di sini, semalam.

Dalam satu video tular di aplikasi Tik Tok,
Raja Permaisuri Agong menari tarian Sumazau bersama rakyat daerah terbabit dan tidak kurang dari kalangan orang ramai yang mengambil kesempatan merakam video baginda.

Semalam, sekitar lebih 1,700 penduduk sekitar daerah Ranau dan Kundasang menanti ketibaan rombongan konvoi Kembara Kenali Borneo, di sini.

Ketibaan konvoi terbabit disambut oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Joachim Gunsalam.