Pernah Alami Gejala COVID-19, Tetapi UAS Tidak Pernah Jalani Sebarang Ujian Saringan

Pernah Alami Gejala COVID-19, Tetapi UAS Tidak Pernah Jalani Sebarang Ujian Saringan

0
SHARE
Ustaz Abdul Somad (UAS)...

JAKARTA, INDONESIA – Pengakuan mengejutkan apabila Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) mengaku bahawa beliau tidak menjalani sebarang ujian saringan (swab test) meskipun pernah mengalami gejala atau simptom jangkitan COVID-19.

Memetik laporan portal berita tempatan Suara.com, beliau turut memaklumkan dia tidak tahu sama ada dijangkiti COVID-19 ataupun tidak tetapi ada mengalami gejala-gejala yang ada pada virus itu.

Jelas UAS, dia pernah kehilangan deria bau, sakit badan dan kepala selepas pulang dari luar bandar baru-baru ini.

“Saya tidak boleh bau durian, tulang-tulang dalam badan seperti mahu patah dan kepala saya seperti dihempap batu berat…

“Namun saya tidak pernah pergi ke hospital untuk menjalani ujian saringan kerana bagi saya, sakit Covid-19 bukan satu hukuman. Setiap yang hidup pasti akan mati, jadi saya jalani hidup apa adanya,” katanya.

Terdahulu, heboh di Indonesia apabila UAS mencetuskan kontroversi dengan mengecam tindakan kerajaan di negara itu yang menutup masjid di kawasan yang dikenakan perintah berkurung (lockdown) dan mengatakan agama dijadikan ‘kambing hitam’ dalam perang melawan pandemik.