Piala Dunia 2022: Belanda Pasukan Pertama Tempah Slot Ke Suku Akhir

Piala Dunia 2022: Belanda Pasukan Pertama Tempah Slot Ke Suku Akhir

0
SHARE
Belanda menjadi negara pertama ke suku akhir Piala Dunia 2022 apabila menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa dekat Doha, Qatar awal pagi tadi...

DOHA – Belanda menjadi negara pertama ke suku akhir Piala Dunia 2022 apabila menewaskan Amerika Syarikat (AS) 3-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa, awal pagi tadi.

Ledakan pada minit ke-10 oleh Memphis Depay dan satu gol lagi daripada Daley Blind pada penghujung babak pertama membuka jalan kepada Belanda untuk menempah pertembungan sama ada dengan Argentina atau Australia di pusingan lapan terakhir.

Pemain gantian, Haji Wright merapatkan jurang buat Amerika Syarikat pada minit ke-76 untuk memberi harapan kepada pasukannya, namun gol menerusi sepakan voli Denzel Dumfries mengesahkan penampilan ketujuh Belanda di suku akhir.

Skuad Belanda kendalian Louis van Gaal mendahului dengan serangan pertama mereka apabila hantaran Dumfries membantu penyerang Barcelona, Depay meledak gol pembukaan.

Reaksi pengendali Belanda, Louis van Gaal bersama pembantu jurulatih, Edgar Davids (kiri) dan Danny Blind rai gol ketiga…(Sumber Foto: Reuters)

Dumfries kemudian melakukan umpanan untuk Blind menjadikan kedudukan 2-0 dan meletakkan pasukannya dalam perjalanan ke pusingan seterusnya.

Wright menyempurnakan hantaran silang Christian Pulisic, namun Dumfries meneruskan persembahan cemerlangnya dengan meledak gol ketiga Belanda dan menghabiskan sisa perjuangan pasukan AS.

– REUTERS