Piala Dunia 2022: Messi Bawa Argentina Ke Suku Akhir

Piala Dunia 2022: Messi Bawa Argentina Ke Suku Akhir

0
SHARE
Lionel Messi dipeluk rakan sepasukan selepas meledak gol pertama Argentina. Argentina mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 selepas mencatatkan kemenangan 2-1, ke atas Australia awal pagi tadi...(Sumber Foto: Reuters)

AL RAYYAN – Argentina mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 selepas mencatatkan kemenangan 2-1, ke atas Australia awal pagi tadi dalam satu perlawanan yang begitu mendebarkan pada penghujung perlawanan.

Pada aksi perlawanan awal pagi tadi, Lionel Messi menjaringkan gol pada penampilan ke-1,000 dalam kariernya ketika Argentina menewaskan Australia 2-1 di pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022 untuk mengatasi rekod Diego Maradona dan mengatur pertembungan suku akhir berdepan Belanda.

Memetik laporan Reuters, Messi yang kini berusia 35 tahun melakukan rembatan leret untuk menewaskan penjaga gol Mat Ryan pada minit ke-35 untuk menggembirakan penyokong Argentina di Stadium Ahmad Bin Ali.

Lionel Messi meraikan kejayaan layak ke suku akhir selepas menewaskan Australia 2-1…(Sumber Foto: EPA)

Julian Alvarez menyumbat gol kedua Argentina dari jarak dekat pada minit ke-57 selepas dia berjaya merampas bola di kaki Ryan.

Australia, yang berjaya mara ke peringkat 16 terakhir dan berada 35 anak tangga di belakang pemenang dua kali Piala Dunia itu bertahan dengan baik yang diketuai Harry Souttar.

Mereka mencemaskan lawan apabila rembatan Craig Goodwin terkena Enzo Fernandez sebelum menerjah ke gawang sendiri pada minit ke-77.

Untuk rekod, jaringan Messi ketika ini merupakan gol ketiganya dalam kejohanan di Qatar dan gol kesembilannya di Piala Dunia, satu gol mengatasi Maradona.