PIHAK POLIS DIDESAK BERTINDAK TEGAS, LAGI ANCAMAN BUNUH TERHADAP TAN SRI MUSA...

PIHAK POLIS DIDESAK BERTINDAK TEGAS, LAGI ANCAMAN BUNUH TERHADAP TAN SRI MUSA AMAN DILAPORKAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sehari selepas rumah kediaman diceroboh, kini ugutan bunuh pula dilaporkan telah ditujukan ke atas Tan Sri Musa Aman.

Menurut laporan penyokong kepada Tan Sri Musa yang menghubungi portal sabahnews.com.my, ugutan bunuh terhadap Musa telah dibuat oleh penama AdiPutraThree Adiputra dalam satu hantaran ke ruangan komen Facebook milik Reno Firdaus bertarikh 24 Julai 2020.

AdiPutraThree Adiputra membuat ugutan bunuh terhadap Tan Sri Musa Aman…

Hasil tinjauan ke atas akaun Facebook milik Reno Firdaus komen ugutan bunuh oleh penama AdiPutraThree masih belum dipadam.

Penama AdiPutraThree Adiputra telah membuat hantaran ugutan bunuh ke atas Musa melalui ruangan komen Facebook milik Reno Firdaus…

Sebelum ini rumah Tan Sri Musa Aman turut dicerobohi dengan menggunakan ‘dron’ oleh ahli Parti Warisan yang mana kemudiannya telah dibocorkan sendiri oleh ahli Warisan terbabit.

Sumber foto dipetik daripada Facebook milik Pasola yang juga merupakan ahli Parti Warisan Sabah…
Sumber foto dipetik daripada Facebook milik Pasola yang juga merupakan ahli Parti Warisan Sabah…

Dimaklumkan menurut sumber dalaman, pencerobohon yang dibuat ke atas kediaman rasmi Tan Sri Musa Aman melalui ‘dron’ tersebut dibuat untuk meninjau siapa wakil rakyat daripada Parti Warisan dan sekutunya yang dikatakan akan ‘melompat parti’ bagi membolehkan Perikatan Nasional (PN) memerintah negeri Sabah.

Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dalam satu kenyataan pula berkata, pihak Polis seharusnya tampil untuk menyiasat dan seterusnya membuat pendakwaan terhadap individu yang membuat ugutan bunuh terhadap Tan Sri Musa.

“Kami juga berharap agar individu yang menerbangkan ‘dron’ dan menceroboh ke kediaman Musa sebelum ini juga dapat ditangkap.”

“Pencerobohan ke atas harta persendirian adalah jelas satu kesalahan dan boleh didakwa di Mahkamah.”

“Kami cukup yakin individu ini telah diupah oleh pemimpin politik dengan niat yang jahat memandangkan mutakhir ini timbul desas-desus Kerajaan Negeri Sabah akan bertukar kepada Perikatan Nasional (PN).”

“Oleh sebab itu pihak Polis diminta tampil untuk menyiasat perkara ini, lagipun laporan Polis telah dibuat. Justeru menjadi tanggungjawab pihak Polis untuk menyiasat siapakah DALANG disebalik semua ini dan kejadian ugutan bunuh dan pencerobohon ini tidak seharusnya dipandang ringan.”

“Harus diingat sebelum ini sekumpulan penyokong kuat kepada Ketua Menteri Sabah juga pernah melakukan perkara GILA dan tidak menghiraukan pelanggaran undang-undang apabila mereka telah menyerang seorang ahli UMNO di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) di khayalak ramai.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Video AMARAN dan sekumpulan penyokong Shafie Apdal menyerang ahli UMNO di KKIA selepas foto Shafie menentang PSS secara simbolik dikoyak…

“Oleh sebab itu ancaman bunuh temasuk pencerobohan terhadap Musa tidak seharusnya dipandang ringan oleh pihak Polis di Sabah,” kata BEBAS lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putatan Mohd Reduan Datuk Aklee dalam satu kenyataan mengutuk perbuatan pencerobohan ke atas kediaman persendirian Tan Sri Musa Aman dan perbuatan ini adalah jelas tidak bertanggungjawab.

Mohd Reduan Datuk Aklee Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putatan…

Mohd Riduan yang juga seorang peguam berkata “perilaku tersebut jelas menjadi adalah suatu kesalahan Pencerobohan Jenayah (“Criminal Tresspass”) di bawah Seksyen 441 dan boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.”

“Tambahan lagi, perbuatan menerbangkan Dron adalah suatu kesalahan di bawah Peraturan 143(1) (e) Peraturan –Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dikenakan hukuman di bawah Peraturan 206 (3) Peraturan yang sama.”

Riduan berkata lagi “saya mengutuk perbuatan yang tidak bertanggung jawab yang dilakukan oleh pihak-pihak ini. Tidak ada keperluan untuk kamu bertindak sedemikian jika kamu percaya dengan kesetiaan pemimpin-pemimpin kamu.”

“Saya mendesak agar pihak berkuasa melakukan siasatan segera berhubung dengan perkara ini dan mengenal pasti pelaku-pelaku dan mendakwa mereka atas kesalahan Pencerobohan Jenayah ini serta pelanggaran yang serius terhadap undang-undang negara.”