Pingat Gangsa Perseorangan Lelaki Olimpik Milik Zii Jia

Pingat Gangsa Perseorangan Lelaki Olimpik Milik Zii Jia

0
SHARE
Lee
Lee Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.

Memetik sumber Berita Harian, pemain nombor tujuh dunia itu bangkit daripada tewas set pertama 13-21 sebelum meraih kemenangan 21-16, 21-11 untuk pingat kedua negara di Paris setakat ini.

Ini menyaksikan Zii Jia memperbaiki pencapaian di Sukan Olimpik Tokyo di mana dia berjaya mara sehingga ke pusingan 16 sebelum tewas di tangan pemenang pingat perak dari China, Chen Long 21-8, 19-21, 5-21.

Pada aksi terbabit, Lee Zii Jia membuka set pertama dengan aksi kurang memberangsangkan apabila membenarkan Lakshya mendahului 10-4 dengan dia ketinggalan enam mata pada interval set pertama selepas Lakshya mendahului 11-5.

Selepas interval set pertama, Zii Jia terus ketinggalan 11-17 dan meskipun berjaya menambah dua mata untuk menjadikan kedudukan 13-19, Lakshya menamatkan set pertama dengan 21-13 dalam tempoh 20 minit.