FILIPINA – Setiap pasangan pengantin mengharapkan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar, sempurna dan menggembirakan.
Namun, kadang-kadang ia tidak berjalan mengikut rancangan.
Salah satu contoh berlaku di Filipina apabila pintu sebuah gereja lama tersekat sebelum pengantin perempuan dijadualkan masuk.
Penganjur majlis berusaha keras membuka pintu yang tiba-tiba melekat dengan sekuat tenaga.
Manakala pengantin perempuan berdiri di hadapan pintu penuh sabar.
Selepas 10 saat berlalu dan pintu itu masih tidak dapat dibuka, pihak penganjur terpaksa meminta bantuan orang lain membukanya.
Sepanjang masa itu, pengantin perempuan, yang dikenali sebagai Ghie Anne Marie Cioco mengekalkan ketenangannya dan tetap menunggu dengan penuh sabar, tidak seperti ramai orang yang panik dalam situasi sedemikian.
Juruvideo perkahwinan Zye Lee yang merakam semua insiden itu memberitahu: ”Sungguh melucukan apabila pintu hampir enggan dibuka seperti tidak mahu perkahwinan itu berlaku.