PM ISMAIL SABRI AKAN UMUM BARISAN KABINET BAHARU MINGGU INI

PM ISMAIL SABRI AKAN UMUM BARISAN KABINET BAHARU MINGGU INI

0
SHARE
Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob...

YAN, KEDAH – Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob bakal mengumumkan barisan Kabinet kerajaan baharu pada minggu ini.

Menurut beliau, senarai anggota Kabinet itu akan diumumkan pada minggu ini selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tunggu pengumuman. Senarai belum ada,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi yang pertama ke kawasan bencana di Titi Hayun di sini, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan jawatan Timbalan Perdana Menteri juga belum diputuskan lagi.