PM Tiba di Sabah

PM Tiba di Sabah

0
SHARE
Anwar
Anwar tiba diiringi Fahmi, Armizan dan Arifin ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari.

Pesawat khas Airbus-320 yang membawa beliau dan rombongan tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) jam 11.50 malam, pada Khamis.

Mengiringi Anwar, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir menyambut ketibaan beliau ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

Anwar dijadual merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 pada jam 10.00 pagi, Jumaat di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang sebelum meneruskan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan pada sebelah petangnya. — JABATAN PENERANGAN SABAH