AirAsia Tawar Diskaun Sehingga 30 Peratus Bagi Semua Penerbangan Sempena Musim Cuti...

AirAsia Tawar Diskaun Sehingga 30 Peratus Bagi Semua Penerbangan Sempena Musim Cuti Hujung Tahun

0
SHARE

SEPANG: AirAsia menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi semua tempat duduk dan penerbangan di seluruh rangkaiannya menerusi promosi istimewa sempena musim cuti hujung tahun.

Promosi yang berlangsung sehingga 25 Oktober ini membolehkan orang ramai menikmati tambang lebih berpatutan bagi perjalanan bermula 2 November 2026 hingga 30 September 2027.

AirAsia dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran itu turut merangkumi diskaun sehingga 30 peratus bagi tempat duduk Premium Flatbed AirAsia X (D7) yang menawarkan pengalaman penerbangan lebih premium.

“Menjelang musim cuti hujung tahun, AirAsia menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi penerbangan di seluruh rangkaiannya menerusi jualan istimewa semua tempat duduk, semua penerbangan.

“Promosi ini sekali gus menawarkan lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk merancang percutian pada harga yang lebih berpatutan,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Antara destinasi pilihan yang ditawarkan dari Kuala Lumpur termasuk Pulau Pinang, Manila, Palembang, Phu Quoc, Kaohsiung, Tokyo, Melbourne, Beijing, Istanbul dan Almaty.

Menurut AirAsia, pelanggan turut menikmati pengecualian yuran pertukaran tarikh penerbangan sekali sahaja sekiranya berlaku perubahan rancangan perjalanan, tertakluk kepada perbezaan tambang.

Selain itu, syarikat penerbangan berkenaan turut menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi Pakej Nilai yang merangkumi bagasi daftar masuk, hidangan dalam penerbangan dan pemilihan tempat duduk.

“Rancang percutian hujung tahun anda bersama AirAsia menerusi promosi semua tempat duduk, semua penerbangan dengan diskaun sehingga 30 peratus.

“Tempah sekarang melalui AirAsia MOVE dan nikmati lebih penjimatan untuk pengembaraan seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Tempahan promosi berkenaan boleh dibuat menerusi aplikasi AirAsia MOVE sehingga 25 Oktober ini, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.